KUALA LUMPUR: Satu siasatan hasil laporan kecurian sebuah kenderaan di pusat beli-belah di ibu negara pada Disember lepas, telah membawa kepada penemuan 26 lagi kereta mewah yang lain.
Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Azmi Abu Kassim berkata, seramai sembilan lelaki dalam lingkungan 30 hingga 40 tahun, telah ditangkap di seluruh negara, dan satu pertuduhan telah dibuat pagi ini.
Dalam satu sidang media hari ini, Azmi berkata, nilai rampasan menjangkau sekitar RM3 juta.
"Satu kes kecurian berlaku pertengahan Disember 2021. Kecurian sebuah kenderaan mewah yang dilaporkan hilang, dicuri di sebuah kompleks beli-belah yang ternama di Kuala Lumpur. Susulan laporan kehilangan itu, Jabatan Siasatan Jenayah Polis Kuala Lumpur telah memulakan satu siasatan, dan sembilan orang telah ditangkap.
"Daripada 26 kenderaan yang kita rampas ini, 12 jenis Toyota Vellfire, lima kereta Honda, tiga BMW, tiga Mercedes, dua Mazda, dan satu Ford Ranger. Kita anggarkan nilai rampasan 26 buah kenderaan sekitar RM3 juta,” katanya lagi.
Mengulas mengenai modus operandi kumpulan berkenaan, Azmi berkata, mereka mencari maklumat mengenai kereta yang telah dilupus daripada syarikat-syarikat insurans.
Selepas maklumat itu diperolehi, jelas beliau lagi, kumpulan berkenaan akan menggunakan identiti kenderaan yang dilupuskan, dan digunakan untuk kenderaan yang telah dicuri.
“Berdasarkan siasatan, setiap kenderaan boleh meraih keuntungan antara RM30,000 hingga RM40,000. Dan keuntungan ini selepas ditolak semua kos, termasuk kos mencuri, kos untuk mendapat maklumat kenderaan lupus dan lain-lain,” katanya lagi.
Azmi berkata, ada antara suspek berkenaan yang mempunyai rekod jenayah lampau, dan pernah menjalani hukuman penjara, dan kembali aktif dalam mencuri kereta selepas dibebaskan.
Firdaus Azil
Wed Apr 27 2022
Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Azmi Abu Kassim berkata, seramai sembilan lelaki dalam lingkungan 30 hingga 40 tahun, telah ditangkap di seluruh negara, dan satu pertuduhan telah dibuat pagi ini. - Astro AWANI
Sarjan terima rasuah tutup kes cabul didenda RM8,000
Nur Mastisha Maidinsha, 39, dikenakan hukuman itu selepas mengaku bersalah atas satu pertuduhan pilihan, yang dibaca di hadapan Hakim, Suzana Hussin.
Kejadian rompakan dilaporkan berlaku semasa banjir di Brazil
Hujan lebat yang menyebabkan banjir di Porto Alegre, Rio Grande Do Sul, Brazil kini mengundang kepada berlakunya kejadian jenayah.
Penduduk Rumah Panjang harap sosio ekonomi meningkat
Dalam pada itu penduduk Rumah Panjang Nanga Engkuah yang ditemui Astro AWANI menzahirkan rasa syukur dengan pemilihan rumah panjang mereka sebagai Kampung Angkat Madani.
Perlumbaan di Jepun beri nilai tambah buat Azizulhasni
Azizulhasni berkata pihaknya dan pasukan berpuas hati dengan prestasi yang dicapai pada perlumbaan yang berlangsung di Velodrom Izu di Shizuoka, Jepun itu.
Prosedur graf kulit Faisal Halim tunjuk reaksi positif
Prosedur graf kulit atau tampalan kulit untuk menutup luka lecur tahap empat dialami pemain sayap sensasi Harimau Malaya dan Selangor FC Mohamad Faisal Abdul Halim yang cedera disimbah asid baru-baru
Sidang DUN Johor tergendala, Speaker minta tingkat keselamatan
Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor, Datuk Mohd Puad Zarkashi meminta supaya kawalan keselamatan ketika sidang DUN yang berlangsung di Bangunan Sultan Ismail dipertingkatkan.
Syarikat penerbangan boleh mulakan operasi antarabangsa di LTSIP
Kementerian Pengangkutan Mengalu-alukan syarikat penerbangan untuk mengendalikan operasi penerbangan antarabangsa di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra (LTSIP) Pengkalan Chepa, Kelantan.
JDT terus kuasai Asia Tenggara
JDT terus mengekalkan penguasaan sebagai kelab terbaik di Asia Tenggara menerusi kedudukan terkini dikeluarkan oleh laman Opta Analyst.
AWANI Ringkas: Imigresen, KDN kaji guna QR di pintu masuk negara
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Lelaki hilang ketika berkelah ditemui lemas di Lata Bayu
Seorang lelaki yang dilaporkan hilang ketika berkelah bersama tiga rakannya di Lata Bayu, Asam Jawa, di sini ditemukan lemas.
444,120 laporan polis diterima sepanjang tahun 2022
Angka berkenaan meliputi aduan membabitkan kesalahan trafik, jenayah, narkotik dan komersial.
26 kenderaan mewah diklon, polis tahan sembilan lelaki - Ketua Polis KL
Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Azmi Abu Kassim berkata, nilai kenderaan mewah yang dirampas semula mencecah RM3 juta.
Tiada bukti pergerakan tanah dikesan di pangsapuri Sri Duta 1 - Polis
Ketua Polis Kuala Lumpur berkata, DBKL memantau keadaan di sana dengan teliti sebaik penduduk dipindahkan dari bangunan itu.